Monday, 17 August 2015

PERJALANAN DUNIA BARU


2013

Seorng gadis yang baru mula melangkah ke alam dewasa. Bebas dari 'penjara' sekolah, terlepas dari 'warden' dek lama terlindung oleh persekolahan. Kini aku bebas dari 'penjara', aku bebas dari 'warden' yang sering menghukumku. Aku bebas dari segala 'keperitan ilmu'. Kini aku ingin melangkah ke era kedewasaanku. AKU SUDAH BEBAS! AKU SUDAH BEBAS1 AKU...SUDAH BEBAS!


2014

Aku kini meningkat usia, menuturkan setiap kata tanpa aku sedar ia menyakitkan hati yang kini kian lara. Rakan seperjuanganku dulu kini kian berbeza, rakanku melanjutkan pelajaran yang jauh nun disana. "Apa yang kamu cari? Sedangkan keseronokkan ada di depan kita." Hari demi hari, mereka pergi meninggalkan aku sendiri di sudut yang aku sendiri tidak pasti, wujudkah? Aku mencari keseronokkan walau buddys tiada bersama. Aku melihat suasana, alangkah indahnya dunia saat keseronokkan tercipta. Tiga bulan lamanya, menghabiskan masa dengan keseronokkan yang tiada akhirnya. Kini aku mulai bosan tanpa arah. Poketku kering mengharapkan air melimpah. Perutku berkeroncong mahu dipenuhkan. Apa nasibku...


2015

Aku kini telah memulakan hidup yang baru. Aku menuju alam pekerjaan. Saat hidupku mulai susah, aku kini sedar akn pentingnya berjimat. Aku mulai sedar akan erti dunia andai kita tidak tahu menilainya. Aku kini ditawarkan kerja dengan seorng yang tidak kisah akan pembelajaranku. Katanya, kita mula hilang arah saat kita lupa akan yang perlu kita kejar. Kita mula hilang segalanya saat kita lupa akan nikmatnya kehidupan yang sebenar. Aku kini mula bangkit dari kejatuhan dan aku mulai sedar bahawa ilmu adalah harta yang tiada tolok gantinya....

P/s: mcm x kena jee citer dia . . . hahahaa

SAHABAT